Di dalam topik ini terdapat 5 subtopik yang pelajar perlu kuasai iaitu:
- Keperluan dan Kehendak Manusia
- Pengeluaran
- Faktor-faktor Pengeluaran
- Pengkhususan
- Sistem Barter
Keperluan dan Kehendak Manusia
Keperluan - Keperluan asas manusia. Barang-barang/perkhidmatan yang membolehkan manusia terus hidup
Contoh : makanan, pakaian, tempat tinggal
** keperluan asas manusia sering berubah mengikut arus kehidupan manusia. Beberapa barang yang bukan keperluan manusia pada masa dahulu, kini menjadi keperluan asas yang utama. Sebagai contoh pendidikan, bekalan elektrik
Kehendak - Barang-barang/perkhidmatan yang membolehkan manusia hidup dengan selesa dan seronok.
Contoh : Rumah Besar, Iphone, kereta mewah
** Kehendak manusia adalah tidak terhad dan semakin bertambah dengan peningkatan taraf hidup manusia. Tidak semua kehendak dapat dipenuhi kerana sumber-sumber yang ada pada manusia adalah terhad. Oleh itu manusia perlu membuat pilihan mengikut keutamaan.
0 comments:
Post a Comment