Copyright (c) Permata Hatiku Pintar. Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

Hierarki Keperluan Maslow

Hierarki Keperluan Maslow



credit to http://e-pengguna.blogspot.com

  • diperkenalkan oleh Abraham Maslow
  • Mengikut Maslow keperluan manusia terbahagi kepada 5 peringkat iaitu; keperluan asas, keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan penghargaan dan keperluan sempurna kendiri
Keperluan Asas
  • juga dikenali sebagai keperluan fisiologi
  • tanpa keperluan ini manusia tidak boleh hidup
  • keperluan ini membolehkan manusia berfungsi dengan baik.
Keperluan Keselamatan
  • manusia perlu merasakan diri bebas daripada segala ancaman bahaya 
  • contohnya ancaman bintang buas, jenayah, kesihatan
  • untuk memenuhi keperluan ini manusia perlukan perlindungan daripada pihak polis/tentera/bomba, perlindungan daripada syarikat insurans
Keperluan Kasih Sayang
  • merujuk kepada keperluan kasih sayang yang diperolehi daripada keluarga, kawan-kawan serta masyarakat
  • secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup bersendirian di muka bumi
  • untuk mengelakkan diri daripada pengaruh negatif ataupun gejala tidak sihat 
Keperluan Penghargaan Diri
  • keperluan manusia untuk dihargai, disanjungi atau pun dihormati atas sesuatu usaha dan kejayaan yang dicapai
  • individu dikatakan belum mencapai keperluan ini jika mereka mudah berputus asa dan tidak mempunyai motivasi untuk mencuba sesuatu yang baru.
Keperluaan Sempurna Kendiri
  • keperluan yang tertinggi
  • keperluan untuk mencari pengertian dan kemajuan diri yang baru dan lebih menarik
  • dikenali sebagai keperluan rohani kerana ia berkaitan dengan kejiwaan, kepuasan, perasaan dalaman

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment