Copyright (c) Permata Hatiku Pintar. Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

PENGELUARAN


Maksud Pengeluaran . 

  • Aktiviti memproses bahan mentah bagi menghasilkan barang separuh siap atau barang siap bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan mestilah mempunyai nilai faedah. Semakin kerap dan sukar perubahan yang berlaku terhadap sesuatu barang maka semakin tinggilah nilai faedah dan semakin mahal harga barang tersebut.
  

Jenis Pengeluaran 
  
  • Pengeluaran Langsung – Manusia memenuhi kehendak dan keperluan mereka dengan menghasilkan sendiri barang tersebut. Pengeluaran langsung tidak melibatkan aktiviti pengkhususan.
  • Pengeluaran tak langsung – Kegiatan pengeluaran yang melibatkan bantuan orang lain. Melibatkan pengkhususan dan keluaran dapat ditingkatkan dan dapat dijual.

     
Faktor-faktor Pengeluaran

  • BURUH - sumbangan tenaga manusia sama ada tenaga fizikal atau mental. Buruh menerima bayaran upah atau gaji.
  • TANAH - merangkumi darat, udara dan laut serta sumber-sumber yang terkandung di dalamnya.
  • MODAL - merupakan sumber kewangan yang digunakan untuk membeli aset seperti bangunan, premis atau modal kerja.
  • USAHAWAN - golongan yang mampu menggabungkan seluruh faktor pengeluaran untuk menghasilkan barangan atau perkhidmatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment